Powered by Blogger.

Alhamdulillah berjaya kurangkan 'screen time' anak kami' - Anak nyaris mengalami 'Virtual Autism' kerana didedahkan dengan gajet seawal usia 3 bulan


“Apabila kanak-kanak terdedah dengan screen time yang berlebihan,gejala ini akan menyebabkan mereka menjadi 'virtual autism’.“

 “Leka dengan permainan, Firzanah bebas dari virtual autism” 

Kini teknologi tidak mengenal usia. Pada usia baru sahaja beberapa bulan dilahirkan, anak-anak telah didedahkan dengan gajet. Faktor kesibukan merupakan sebab utama mengapa anak-anak diberikan gajet. Namun, tanpa kita sedari, natijah di sebaliknya cukup besar terhadap perkembangan kanak-kanak.  Persoalannya siapakah yang harus dipersalahkan? Teknologi atau kita sendiri?

Dr. Farhanah Fuad berkongsikan pengalamannya yang mendedahkan anaknya kepada gajet seawal tiga bulan. Dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk menebus kesalahannya dan berjaya mengelakkan anaknya dari mendapat virtual autisme.  Dia juga menyeru kepada ibu bapa agar memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan anak-anak mendapat virtual autism ini.  Ibu bapa juga perlu segera menangani permasalahan ini sebelum terlambat.

ALHAMDULILAH. Kami berjaya kurangkan "Screen Time" anak kami Firzanah dan berjaya mengelakkan Firzanah mendapat Virtual Autism. Kami suami isteri bersalah terhadap Firzanah kerana kami mendedahkan video kepada Firzanah seawal tiga  bulan. Syukur kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada kami untuk tebus kesalahan kami. 

Inna haza larizquna maa lahu minnafad.

Ibu saudara berikan Firzanah banyak mainan second-hand. Ada juga yang baru. Allah juga izinkan kami untuk kerap belikan mainan untuk Firzanah walaupun harganya RM5-RM10.  Setahun sekali belikan mainan harga lebih RM50.

Kini Firzanah dan mainan tidak dapat dipisahkan. Alhamdulillah. Sejak bergelumang dengan mainan, screen time Firzanah dapat dikurangkan sebanyak mungkin. Dan dengan izin Allah Firzanah tidak sempat mendapat "Virtual Autism".

Firzanah lama-kelamaan tidak lagi berminat menghadap gajet untuk masa yang lama dan beliau lebih berminat menghabiskan masa memanipulasi barang-barang permainan sambil "role playing" sebagai doktor, tukang masak, waiter,ibu. Syukur sangat-sangat emak dan bapak berjaya kurangkan "Screen  Time" Firzanah seawal mungkin dan syukur sangat kebolehanan bercakap dan interaksi sosial Firzanah tidak terganggu.







Apabila kanak-kanak terdedah dengan screen time yang berlebihan, gejala ini akan menyebabkan mereka menjadi 'virtual autism'. Virtual autisme ini merupakan kanak-kanak yang dilahirkan normal tetapi lambat di dalam kebolehan untuk bercakap, tidak minat bergaul, mudah mengamuk. Selain itu juga kesannya membuatkan kanak-kanak tiada toleransi, tidak minat bermain mainan dan ketagih menghadap gajet.

Ibu bapa di luar sana, renung-renungkan. Sedar awal sebelum terlewat.

Kajian Pakar Sakit Jiwa di Romania mendapati kanak-kanak yang menghabiskan masa empat jam atau lebih dengan gajet sejak awal usia berisiko mendapat Autism Spectrum Disease (ASD). Tetapi kajian pakar di Romania juga menunjukkan Virtual Autism ini boleh di"reverse".

Ibu bapa perlu paksa dan galakkan kanak-kanak bermain dan bergaul serta hentikan kebergantungan terhadap gajet. Mudah bukan!! Kenali anak anda, sayangi anak anda, jangan ambil langkah mudah.

All the best to all of us dear Parents! Semoga Allah melindungi anak-anak kita dari ancaman teknologi.

Previous
Next Post »